Wednesday, August 1, 2018











APA ITU KRAFTANGAN ?

Kraftangan berasal daripada perkataan Jerman iaitu 'kraft' yang bermaksud keteguhan ,kecekapan dan kecekapan. Selain daripada kraftangan yang berbentuk barangan ,pakaian juga antara hasil kraftangan .

Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraftangan.

Dalam blog ini ,saya akan menerangkan tentang pakaian tadisi dan aksesori suku kaum Bajau, Dusun Lotud dan Rungus yang terdapat di Sabah serta Batik.











BATIK MALAYSIA

JENIS - JENIS BATIK

Batik Blok
Merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara. Blok yang diperbuat daripada sebongkah kayu atau logam diukir dengan motif-motif bersesuaian untuk mengecap kain yang dikenali scbagai batik blok atau cop. Selain daripada kain kapas, penggunaan kain sutera dan organza dalam pengeluaran batik blok telah menghasilkan tekstil batik yang sesuai untuk rekaan fesyen, perhiasan serta kelengkapan rumah yang eksklusif.
Batik Canting


Dikenali juga sebagai batik lukis. Proses batik bermula dangan lilin cair dilakar menggunakan canting dan diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Selain dari kain kapas, kain rayon, voile, organza dan sutera turut digunakan. Reka corak yang menarik dengan pilihan warna yang ceria menampilkan batik bukan sahaja sesuai untuk fesyen pakaian malah boleh juga dijadikan sebagai kelengkapan dan hiasan rumah serta hadiah dan cenderamata yang eksklusif.

Batik Skrin

Dikenali juga sebagai batik stensil atau batik sutera saring. Batik jenis ini merujuk kepada teknik lakaran corak dan terapan warna dilakukan di atas skrin yang diperbuat daripada poliester diregang di atas pemidang. Motif-motif dilukis atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Kebiasaannya beberapa keping pemidang dengan reka corak yang berbeza disediakan. Ini adalah kerana satu pemidang hanya untuk satu warna sahaja. Skrin kemudian dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses pewarnaan.

                                              


  AKSESORI TIMPAK/SERIMPAK KAUM BAJAU
TIMPAK merupakan aksesori kepala yang digunakan oleh wanita kaum Bajau Samah ataupun dikenali dengan Bajau Koboi .Timpak ini akan dipakai pada hari-hari tertentu seperti hari perkahwinan ,memakai ketika persembahan tarian yang bernama Tarian Limbai dan juga dipakai sewaktu mengikut pertandingan Ratu Serimpak yang akan diadakan setiap tahun .Timpak akan dipakai dengan baju tradisi kaum Bajau yang diberi nama Serimpak dan dipakai lengkap bersama tali pinggang besi, gelang pada kaki dan tangan.



AKSESORI TENGKOLOK/TANJAK KAUM BAJAU



TANJAK merupakan aksesori kepala yang dipakai oleh lelaki Bajau Samah.Tanjak ini akan dipakai pada hari-hari tertentu seperti hari perkahwinan ,memakai ketika persembahan tarian yang bernama Tarian Limbai. Antara kelengkapan bagi lelaki ialah baju blaus panjang, seluar panjang, samping dan tengkolok. Kain Tanjak ini disulam oleh orang-orang kaum Bajau yang berpengalaman .







LINANGKIT KAUM LOTUD


LINANGKIT (sulaman) adalah satu hasil sulaman tangan yang unik dihasilkan dengan benang dan manik yang bewarna warni.Merupakan nama panggilan kepada motif geometri .Ia merupakan warisan peninggalan nenek moyang yang diturunkan sejak zaman berzaman. Linangkit ini merupakan hiasan pakaian dari suku  kaum Dusun Lotud yang terkenal di daerah Tuaran .Reka bentuk dan hiasan Linangkit mendominasi hiasan Gonob (skirt). Linangkit ini biasanya dipakai sewaktu mempersembahkan tarian Sumayau ,semasa upacara ritual yang diketuai oleh Tantagas (ketua ritual) dan pada hari perkhawinan. 



 LINANGKIT VAGU RUNGUS

Memang cantik dipandang linangkit pakaian tradisi suku kaum rungus kaya dengan keunikannya yang tersendiri, sulaman tangan dari benang yang berwarna-warni dan dijahit pada kain berwarna hitam untuk mengekalkan keasliannya. Memilih benang yang berkualiti tinggi dan ketelitian sangat dititikberatkan untuk mengekalkan ketahanan sulam kepada si pemakai. Linangkit suku kaum Rungus agak berbeza dengan suku kaum Dusun Lotud.




Antara tempat dimana boleh mencari pakaian tradisi ini ialah di Linangkit Cultural Village ,Tuaran dan Chantek Borneo di Tamparuli.


BOLEH HUBUNGI :

No telefon : 01126836385 (Encik Mustaqhim)
Email :  kraftanganbungaborneo@gmail.com
Instagram : kraftanganbungaborneo_
Facebook : Kraftanngan Bunga Borneo

ALAMAT :

Lot 6 ,Berungis Commercial Centre,
Jalan Tuaran ,
Berungis , 89200
Tuaran Sabah .



Sekian ,Terima Kasih .




APA ITU KRAFTANGAN ? Kraftangan berasal daripada perkataan Jerman iaitu 'kraft' yang bermaksud ke...